Home » General » Kursus Sijil Perhutanan Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) Jabatan Perhutanan Semenanjung 2012

Kursus Sijil Perhutanan Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) Jabatan Perhutanan Semenanjung 2012

Date: 19 Feb 2012 | General
Reviewed by jakos Rating: 4.5
Kursus Sijil Perhutanan Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) Jabatan Perhutanan Semenanjung 2012 99out of 100 based on 100 ratings. 1 user reviews.
FacebookEmailShare

Kursus sijil FORTRAIN

JPSM sebagai sebuah Agensi Kerajaan yang diberikan tanggungjawab penuh mentadbir, mengurus dan membangunkan khazanah hutan di Semenanjung Malaysia, sehingga kini JPSM sudah mencapai umur 110 tahun. Agensi ini didokong oleh satu organisasi warga kerja yang dinamik untuk memastikan JPSM terus maju kehadapan seiring dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP–Government Transformation Programme). Dalam hubungan ini, JPSM akan terus melipatgandakan pelaksanaan berbagai strategi untuk merealisasikan Wawasan JPSM – “Untuk Menjadi Agensi Terunggul Dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan” serta memastikan sektor perhutanan terus relevan dan menyumbangkan peranan dan sumbangan penting kepada pembangunan sosio-ekonomi Malaysia. Warga kerja perhutanan di semua lapisan dari serendah-rendah jawatan di lapangan sehinggalah setinggi-tinggi jawatan di peringkat pengurusan atasan JPSM, justeru itu mempunyai peranan yang amat penting secara kolektif di mana secara berpasukan tidak seorang pun akan terkecuali untuk merealisasikan hasrat murni JPSM ini. Dalam konteks ini, saya menyeru semua warga kerja perhutanan JPSM supaya terus mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang dengan mengikiskan sikap negatif, sentiasa bersikap positf dan memberikan perkhidmatan yang terbaik secara berterusan (istiqamah). Saya amat berkeyakinan bahawa “Kita Boleh dan JPSM Boleh”.

Jawatan Kosong JPSM

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk memasuki Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) bagi mengikuti kursus berikut:

  • A. Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan (Sesi Pengajian 2012 – 2014)
  • B. Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan (Sesi Pengajian 2012 – 2013)

TEMPOH PENGAJIAN DAN SYARAT KEMASUKAN – TEMPOH – KURSUS KELAYAKAN AKADEMIK
(i) Tempoh pengajian dan kelayakan akademik yang diperlukan adalah seperti berikut:
NAMA KURSUS TEMPOH KURSUS KELAYAKAN AKADEMIK

Sijil Perhutanan Renjer Hutan – 2 tahun (Sesi 2012 – 2014) – Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Sijil Perhutanan Pengawas Hutan – 1 tahun (Sesi 2012 – 2013) – Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains.

(ii) Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.
(iii) Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan anggota Tentera dan Polis yang telah menamatkan perkhidmatannya boleh juga memohon.
(iv) Calon-calon hendaklah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai kecacatan anggota.
(v) Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) tidak menjamin apa-apa jawatan setelah tamat kursus.
(vi) Calon-calon yang sedang mengikuti kursus di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) tidak boleh berhenti tanpa kelulusan pihak berkuasa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Jika berlaku pelanggaran syarat ini, calon dikehendaki membayar balik semua perbelanjaan yang ditanggung semasa pengajian kepada Kerajaan Malaysia.

PERMOHONAN
(i) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dengan percuma daripada Pengarah Bahagian Latihan Perhutanan dengan mengirimkan sampul surat berukuran 22cm x 32cm
dengan nama dan alamat sendiri serta dilekatkan setem bernilai 60 sen, ke alamat:
Pengarah,
Bahagian Latihan Perhutanan,
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,
52100 Kepong, Kuala Lumpur

(ii) Borang permohonan juga boleh didapati di mana-mana Pejabat Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia atau dari homepage Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia http://www.forestry.gov.my

Borang permohonan sila :

Kursus sijil FORTRAIN closing date 26 Mac 2012 (Isnin).

Join Our Facebook Community

NOTE: HOW TO APPLY POSITION OFFERED

Advertisements and any job vacancies displayed on this blog has nothing to do with us. We only convey information about this ads from the original job offer. Maybe no advertising and information office we show in this blog about exactly. We not be responsible on any problems that occur through advertisements offered and displayed on this blog.

Thus, any application, questions, confusion and any problems you may have regarding the position you are interested, please inquire directly to the department, ministry or company that advertises the vacancy, either by email, websites, phone numbers, etc. provided by them.

To visitor who wish to apply for available positions please click the link provided in the ads and please follow the instructions given to know how the means to leave any comments how to apply. Do not disclose your personal information to public. We not be liable for all personal information that disclosed.

You can help your friend or the other by share this Jawatan or Job by facebook , twitter or other social media you have.

Best Regards

FacebookEmailShare
  • Search for:
  • Join Our Facebook Community

    join jawatan kosong kini facenook page
  • Archives

  • Top career_jobs blogs

Go to TOP