Home » Badan Kerajaan » Info Peperiksaan Juruaudit W41 – Sukatan Dan Contoh Soalan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia April 2012

Info Peperiksaan Juruaudit W41 – Sukatan Dan Contoh Soalan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia April 2012

Date: 28 Mar 2012 | Badan Kerajaan
Reviewed by jakos Rating: 4.5
Info Peperiksaan Juruaudit W41 – Sukatan Dan Contoh Soalan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia April 2012 99out of 100 based on 100 ratings. 1 user reviews.
FacebookEmailShare

Peperiksaan Juruaudit W41 – Sukatan Dan Contoh Soalan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:-

“Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.”

April ini dijadualkan akan diadakan Peperiksaan Bertulis Juruaudit iaitu pada 14 april 2012, sila semak Portal SPA untuk jadual peperiksaan, dibawah sedikit info berkenaan peperiksaan ini

Peperiksaan Juruaudit W41 – Sukatan Dan Contoh Soalan
Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Juruaudit, Gred W41. Peperiksaan ini melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik.

Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

Sukatan Peperiksaan

Ujian ini mengadungi lima seksyen iaitu:
(i) Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

  • Masa : 40 minit Bilangan
  • Soalan : 50

(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

  • Masa : 45 minit
  • Bilangan Soalan : 40

(iii) Seksyen C – Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

  • Masa : 45 minit
  • Bilangan Soalan : 40 soalan

(iv) Seksyen D – Esei Bahasa Melayu

  • Masa : 1 jam
  • Bilangan Soalan : 3 jawab 1
  • Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

(v) Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris

  • Masa : 1 jam
  • Bilangan Soalan : 3 jawab 1
  • Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Read More :

Join Our Facebook Community

NOTE: HOW TO APPLY POSITION OFFERED

Advertisements and any job vacancies displayed on this blog has nothing to do with us. We only convey information about this ads from the original job offer. Maybe no advertising and information office we show in this blog about exactly. We not be responsible on any problems that occur through advertisements offered and displayed on this blog.

Thus, any application, questions, confusion and any problems you may have regarding the position you are interested, please inquire directly to the department, ministry or company that advertises the vacancy, either by email, websites, phone numbers, etc. provided by them.

To visitor who wish to apply for available positions please click the link provided in the ads and please follow the instructions given to know how the means to leave any comments how to apply. Do not disclose your personal information to public. We not be liable for all personal information that disclosed.

You can help your friend or the other by share this Jawatan or Job Vacancy by facebook , twitter or other your social media.

Best Regards

FacebookEmailShare
  • Search for:
  • Join Our Facebook Community

    join jawatan kosong kini facenook page
  • Archives

  • Top career_jobs blogs

Go to TOP